JODOH ATAU UJIAN
Dulu aku pernah mencintai seseorang. Aku sentiasa fikir yang baik baik sahaja tentang dia. Aku percaya dia. Bila waktu aku sunyi, aku tak pernah terlintas untuk mencari lain kerana aku yakin dia setia. Sedikit pun tak pernah sedia dalam diri ini untuk melepaskan dia apatah lagi untuk aku kehilangan dia dalam hidupku. Tetapi dia sanggup dan tergamak sekali untuk meninggalkan aku dari kehidupannya dan hanya berakhir begitu sahaja kisah aku dan dia. Dari situ aku dapat belajar dan memberi aku satu pengajaran dalam hidup aku dan dari situlah aku, dapat satu perkara yang membuat aku menjadi manusia yang lebih dewasa dan membuat aku sedar bahawa kita perlu sedia untuk kehilangan orang yang tersayang dan yang dicintai. Sama ada, antara orang ketiga atau disebabkan kematian. Perpisahan itu adalah perkara yang biasa dalam kehidupan kita ini dan kita haruslah sabar dan kuat untuk menghadapi segala ujian yang Allah SWT turunkan pada kita. Allah akan sentiasa memberi ujian akan hambanya dan kita sebagai hambanya janganlah pernah mengeluh dan mempertikaikan mengapa Allah SWT menurunkan ujian sebegitu pada kita sebaliknya kita bersyukur kerana allah masih kasih akan kita kerana telah menurunkan pada kita ujian dan dugaannya (allah akan sentiasa menguji umat yang disayanginya), dan dalam kehidupan kita ini Allah SWT mempertemukan kita dengan seseorang itu juga bukan dengan sia sia ia mempunyai dua sebab mengapa Allah temukan kita dengan seseorang itu yang pertama adalah seseorang itu sama ada jodoh kita dan yang kedua adalah seseorang itu Allah temukan kita sebagai satu ujian untuk kita, semua yang dicaturkan Allah SWT itu bersebab dan itu menunjukkan bahahawa Allah kasih pada kita, dengan setiap ujian yang datang pada kita itu ada hikmahnya kenapa kita diuji sebegitu, tak Allah SWT menguji hambanya dengan sia sia dan Allah SWT tahu bahawa setiap ujian di turunkan itu mampu untuk dihadapi oleh hambanya, ini sudah tertulis didalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 286 "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Setiap yang dicaturkan untuk kita itu adalah yang terbaik untuk diri kita kerana sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. Jadi kita sebagai umatnya janganlah pernah menyalahkan takdir dan mengapa suatu perkara itu terjadi kerana setiap pecaturan yang telah ditetapkan itu yang adalah terbaik untuk kita dan itu sebenarnya adalah satu “hadiah” yang dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya seperti mana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran surah Al-Ankabut ayat 2 yang berbunyi "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?". Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahawa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang. Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Yang telah pergi biarkan pergi kita yang masih hidup ini teruskanlah kehidupan, kita haruslah kuat dan sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian yang mendatang dengan tenang

Comments
Post a Comment